Fungsi Unit Linus

  • Pegawai FasiLINUS bertanggungjawab kepada sekolah-sekolah di daerahnya berdasarkan nisbah 1:30.
  • Memastikan segala maklumat berkaitan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) sampai ke peringkatpelaksanaan di sekolah melalui : Media cetak Media elektronik Taklimat / kursus / bengkel / mesyuarat
  • Mengadakan dan menyelaras latihan-latihan on-site (disekolah / PKG / premis kerajaan), kepada guru LINUS sekurang-kurangnya 18 jam setahun. Amalan terbaik P&P dilaksanakan di dalam bilik darjah. Bengkel penyediaan media pengajaran dilaksanakan secara bersiri (Meningkatkan penggunaan media pengajaran bagi guru LINUS). Membina bahan bantu mengajar untuk guna sama dalam kalangan guru (Meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan guru LINUS serta kepelbagaian BBM, contohnya penggunaan ICT).
  • Membantu pihak sekolah secara langsung dalam merangka tindakan susulan berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam pengurusan instruksional. Perbincangan bersama-sama guru LINUS dan memberi cadangan penambahbaikan. Menentukan pendekatan/kaedah/teknik P&P yang sesuai.
  • Mencerap dan membimbing pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran LINUS di sekolah. FasiLINUS akan bersama-sama dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.
  • Membantu pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dari segi: Sistem Fail Data Murid LINUS Media Pengajaran Pengajaran Dan Pembelajaran Pentadbiran Saringan.
  • Mengumpul dan menganalisis data: Keputusan Saringan Data guru LINUS dan Guru Pemulihan.
  • Membantu Guru Pemulihan menempatkan murid LINUS Tegar di kelas Pemulihan.
  • Membantu dan memberi khidmat nasihat/cadangan kepada pihak sekolah untuk menyediakan pelan tindakan LINUS.
  • Menetapkan sasaran ke arah sifar murid yang tidak dapat menguasai LINUS selepas setiap saringan berdasarkan Jadual Sasaran Pengurangan Bilangan Murid LINUS.

     

Pegawai dan Staf

Bil   Nama  Jawatan
Unit Literasi
1.  Md. Khasimee b. Mohamad  Pegawai FasiLINUS
 2.  Khairul Imran b Abd Rahim  Pegawai FasiLINUS
 3.  Ahmad Shayuri bin Yahaya  Pegawai FasiLINUS
Unit Numerasi
1.  Hasenah bt. Harun  Pegawai FasiLINUS
2.  Phanuk a/l Naom  Pegawai FasiLINUS
3.  Mohammad Wahithir bin Wahab  Pegawai FasiLINUS
Unit Bahasa Inggeris
 1.  Nurul Wazna Bt Mohamad Zuki   Pegawai FasiLINUS
 2.  Rubinidewi a/p Veloo  Pegawai FasiLINUS
3.   Nurainie bt Ishak  Pegawai FasiLINUS