Sejarah

Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu

Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu (PPDKBB) telah ditubuhkan di bawah Education Ordinance 1950. Pejabat ini mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaras semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di daerah Kulim Bandar Baharu.

Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu mula beroperasi pada tahun 1978 di bangunan SK Kulim Bandar. Bangunan ini sekarang diserahkan kepada Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tanggal 03 April 2011, bangunan baharu Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu telah siap. Maka bermula operasinya di Jalan Sultan Badlishah bersebelahan dengan SMK Kulim yang menjadi nadi kepada pendidikan di daerah Kulim Bandar Baharu.