Piagam Pelanggan

 

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

 

  1. Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
  2. Memastikan proses pemilihan kemasukan murid ke Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) bagi murid dalam Daerah Kulim Bandar Baharu diselesaikan sebelum hari pertama sesi persekolahan.
  3. Memastikan semua murid (kecuali murid berkeperluan khas) menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) selepas melepasi tiga (3) tahun persekolahan (Tahap Satu) peringkat sekolah rendah.
  4. Memastikan sekolah membuat persediaan awal bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlangsung pada hari pertama sesi persekolahan.
  5. Memastikan semua murid terlibat dalam program 1 Murid 1 Sukan (1M1S) bagi setiap tahun persekolahan.
  6. Memastikan semua urusan peperiksaan dan pentaksiran dilaksanakan dengan cekap, adil, sah dan berintegriti.
  7. Memastikan setiap permohonan pertukaran guru yang diluluskan dibuat penempatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.
  8. Memastikan bayaran bil dan invois yang lengkap dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan.
  9. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  10. Memastikan pelaksanaan perkhidmatan kaunseling sekurang-kurangnya sekali kepada warga pendidikan yang dirujuk.