Pengurusan Akademik

 SOALAN-SOALAN LAZIM PEMERKASAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 

 1.  Apakah Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)?

PT3  ialah  pentaksiran  pusat,  satu  daripada  empat  komponen  Pentaksiran  Berasaskan Sekolah  (PBS),  di  peringkat  menengah  rendah  bagi  murid-murid  di  tingkatan  3.  Pentaksiran dilaksanakan melalui perkongsian akauntabiliti antara LP dan pihak sekolah di  mana  instrumen  dan  panduan  disediakan  oleh  LP  manakala  pentadbiran, pemeriksaan  dan  pelaporan  dilaksanakan  oleh  pihak  sekolah.  Pelaksanaan  PT3 menggunakan instrumen pentaksiran berbentuk Ujian Bertulis, Ujian Lisan: Bertutur dan Mendengar,  Ujian  Tilawah  dan  Hafazan,  Ujian  Komunikasi:  Berisyarat/  Bertutur  dan Ujian Komunikasi: Melihat/Mendengar.

2.  Bilakah PT3 mula dilaksanakan?

PT3 mula dilaksanakan pada tahun 2014.

3.  Mengapakah  mulai  tahun  2019  instrumen  pentaksiran  PT3  menggunakan  format baharu? 

Instrumen  pentaksiran  PT3  menggunakan  format  baharu  mulai  tahun  2019  seiring dengan  keperluan  dan  kesesuaian  perubahan  kurikulum  sekolah  dari  Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).  KSSM  mula  diperkenalkan  dan  dilaksanakan  kepada  murid  kohort  tingkatan satu tahun 2017. 

4.  Bilakah Pemerkasaan PT3 akan mula dilaksanakan di sekolah?

Pemerkasaan PT3 di sekolah akan dilaksanakan mulai tahun 2020.  

5.  Apakah yang dimaksudkan dengan Pemerkasaan PT3?

Usaha  meningkatkan  autonomi  kepada  pihak  sekolah  dalam  melaksanakan  PT3. Autonomi  dalam  PT3  membawa  maksud  sekolah  menguruskan  penyediaan  instrumen pentaksiran,  panduan  penskoran,  pentadbiran  pentaksiran,  penskoran,  verifikasi  skor, pelaporan keputusan dan penjaminan kualiti.

6.  Mengapakah Pemerkasaan PT3 di sekolah dilaksanakan?

Sebagai  inisiatif  KPM  mempertingkatkan  profesionalisme  keguruan,  mengiktiraf kepakaran  dan  peranan  guru  dalam  bidang  pentaksiran  seiring  dengan  matlamat menjadikan PT3 sebagai sebahagian dari Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 

7.  Bagaimanakah Pemerkasaan PT3 di sekolah dilaksanakan? Secara perkongsian tanggungjawab antara sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Lembaga Peperiksaan (LP).

8.  Apakah kaedah pentaksiran di tingkatan 3 mulai tahun 2020?

Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sumatif.  

9.  Bagaimana Pentaksiran Pusat dilaksanakan?

Pentaksiran  Pusat  menggunakan  instrumen  pentaksiran  yang  disediakan  oleh  LP  dan pentadbirannya dilaksanakan oleh pihak sekolah. 

10. Bagaimanakah Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah dilaksanakan?

Dilaksanakan  seperti  peperiksaan  akhir  tahun  di  tingkatan  3  tetapi  merangkumi pembelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

11. Apakah perbezaan pelaksanaan PT3 sedia ada dengan PT3  mulai tahun 2020?

PT3 sedia ada: 

  Instrumen disediakan oleh LP bagi semua mata pelajaran  

PT3 mulai 2020: 

  Instrumen Pentaksiran Pusat disediakan oleh LP bagi lima mata pelajaran   Instrumen  Pentaksiran  Sumatif  disediakan  oleh  sekolah  bagi  18  mata  pelajaran  berpandukan format pentaksiran dan JSU yang  ditetapkan oleh LP.  

12. Berapakah mata pelajaran yang akan dilaksanakan secara Pentaksiran Pusat?

Lima mata pelajaran: 

  Bahasa Melayu   Bahasa Inggeris   Hifz al-Quran   Pendidikan Kesenian (Seni Tari, Seni Teater, Seni Muzik dan Seni Visual)   Al-Lughah al-Arabiah Al-Mu’asirah (Ujian Lisan: Mendengar) 

13. Mengapa lima mata pelajaran tersebut dilaksanakan secara pentaksiran pusat? 

Melibatkan  pengiktirafan  pihak  luar  (Jabatan  Perkhidmatan  Awam,  Cambridge Assessment  English,  kepakaran  pentaksir  luar  (Kementerian  Pelancongan,  Seni  & Budaya Malaysia dan Darul Quran, JAKIM) dan kelengkapan prasarana.  

14. Berapa mata pelajaran dilaksanakan secara Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah?

18 mata pelajaran: 

  Sains   Matematik   Reka Bentuk dan Teknologi   Asas Sains Komputer   Sejarah   Geografi   Pendidikan Islam   Bahasa Cina   Bahasa Tamil   Bahasa Arab   Bahasa Iban   Bahasa Kadazandusun   Bahasa Punjabi   Bahasa Semai   Maharat al-Quran   Usul ad-Din   Al-Syariah   Al-Lughah al-Arabiah Al-Mu’asirah -  Ujian Lisan: Bertutur -  Ujian Bertulis 

15. Mengapa  18  mata  pelajaran  dilaksanakan  secara  Pentaksiran  Sumatif  kendalian sekolah?

Bagi  menyahut  seruan  Naratif  Baharu  Amalan  Pendidikan  iaitu  penekanan  terhadap pentaksiran  untuk,  sebagai  dan  tentang  pembelajaran  (assessment  for,  as  and  of learning).    

16. Pihak manakah yang akan mengendalikan Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah?

Pentaksiran Sumatif akan dikendalikan oleh sekolah. 

17. Apakah  peranan  dan  tanggungjawab  LP  dalam  pelaksanaan  Pentaksiran  Sumatif kendalian sekolah?

Lembaga Peperiksaan menyediakan: 

  Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)   Panduan Pembinaan Item dan Pemasangan Instrumen   Takwim Pentaksiran Sumatif    Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Pentaksiran Sumatif   Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Sumatif   Panduan Pelantikan Pentaksir Pentaksiran Sumatif   Aplikasi Pemasangan Instrumen Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)   Format Pernyataan Keputusan PT3 

18. Apakah  peranan  dan  tanggungjawab  JPN/PPD  dalam  pelaksanaan  Pentaksiran Sumatif kendalian sekolah?

Peranan JPN/PPD: 

  Memberikan latihan   Mengesahkan instrumen   Melaksanakan penjaminan kualiti pentadbiran   Menguruskan  instrumen  Sekolah  Kurang  Murid  (SKM)  dan  sekolah  kekurangan guru opsyen.

19. Apakah  peranan  dan  tanggungjawab  sekolah  dalam  pelaksanaan  Pentaksiran  Sumatif kendalian sekolah? Sekolah melaksanakan perkara berikut: 

  Membina item -  Berdasarkan panduan yang disediakan oleh LP -  Verifikasi item 

  Memasang instrumen -  Berdasarkan JSU yang disediakan oleh LP -  Verifikasi instrumen 

  Mentadbir instrumen -  Mentadbir Pentaksiran Sumatif mengikut takwim yang ditetapkan oleh LP dengan mematuhi Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PT3  

  Mengurus Skrip Jawapan Calon -  Memeriksa skrip jawapan calon berpandukan panduan penskoran  -  Menjalankan moderasi penskoran -  Memberi skor dan membuat verifikasi skor  -  Menghantar  skor  secara  atas  talian  menggunakan  aplikasi  yang disediakan oleh LP 

  Mengeluarkan Pernyataan Keputusan  -  Mencetak Pernyataan Keputusan